panelarrow

SOAL JAWAB RINGKAS BEKAM

SOAL JAWAB RINGKAS BEKAM

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan pembakaran dengan api panas (kay). Sesungguhnya, aku melarang umatku daripada berubat dengan kay.”
Hadis Sahih Bukhari

Islam adalah agama yang syumul, lengkap dan meliputi segala aspek kehidupan manusia, termasuklah dari sudut kesihatan. Tahukah anda, terdapat satu rawatan alternatif yang dinamakan sebagai ‘bekam’?

Mungkin ada segelintir daripada kalangan pembaca sudah pun mendapatkan rawatan ini, atau mungkin dirinya seorang perawat mahupun pemilik pusat bekam. Bahkan, mungkin ada dalam kalangan kita ini yang masih tidak tahu rawatan apakah ini? Selamatkah? Tidak berbahayakah untuk kesihatan?

Justeru, di sini dikongsikan beberapa info atau maklumat berkaitan dengan amalan sunnah iaitu bekam;
#1 – Apa Itu Bekam?
Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam yang melibatkan proses membuang darah kotor dan bertoksik yang berada di bawah permukaan kulit. Ianya adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.

#2 – Bilakah Waktu Dibolehkan Berbekam?
Berbekam boleh di lakukan bila bila masa yang dikehendaki. Mengikut kaedah biasa, siapa yang ada penyakit boleh dapatkan terus bekam tanpa mengira masa.
Namun disana ada saranan bagibda tentang waktu terbaik berbekam. Tarikhnya ialah pada 15, 17, 19 dan 21 bulan Qamariyah/ Islam.. Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.”
Hadis Riwayat Abu Daud
#3 – Adakah Terdapat Pantang Larang Dalam Berbekam?
Ya. Terdapat beberapa pantang larang antaranya; tidak boleh berbekam bagi mereka yang mengalami penyakit kulit, orang tua yang lemah fizikal, kanak-kanak dehidrasi, pesakit kanser darah, sering keguguran, orang gila, pesakit Hepatitis A dan B yang parah dan setelah muntah.

Juga dilarang kepada pesakit yang baru mencuci darah, wanita hamil 3 bulan pertama, mereka yang baru menderma darah, tidak digalakkan bekam ketika sangat kenyang atau sangat lapar, wanita yang sedang haid, penyakit radang usus, ibu yang baru melahirkan anak dan lain-lain mengikut keadaan seseorang.

#4 – Bagaimana Kaedah Bekam Menurut Islam?
Pada zaman Rasulullah s.a.w, bekam menggunakan kaca atau mangkuk tinggi. Manakala pada zaman Cina kuno, mereka menggunakan tanduk. Manakala orang-orang Eropah pada abad ke-18, mereka menggunakan lintah sebagai alat bekam.

Kini, zaman semakin canggih dan kaedah berbekam juga mengalami transformasi, iaitu menggunakan sayatan pisau, gelas udara kaca, gelas vakum – cupping set dan jarum lancet. Amalan bekam yang terbaik dan menyembuhkan ialah bekam darah.

#5 – Apa Hikmah dan Kelebihan Bekam?
Hikmah dan kelebihan bekam, antaranya;

– Menyahut seruan dan sunnah Rasulullah s.a.w.
– Membantu melancarkan peredaran darah.
– Mengeluarkan dan membuang angin, toksik, darah kotor, darah beku serta darah berpenyakit dalam badan.
– Meringankan otot-otot yang kejang dan tegang, menyegarkan dan menyihatkan badan.
– Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit kencing manis/diabetes)
– Tidak memberi peluang kepada mahkhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka.
– Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit gout)
– Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah (untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan dan masalah jerawat).
– Membuang racun atau sihir dalam badan
— Banyak lagi manfaatnya.

#6 – Adakah Orang Bukan Islam Boleh Berbekam?

Ya. Bahkan, sejarah mencatatkan bahawa penduduk di negara China sudah lama mengamalkan kaedah rawatan ini dalam pengubatan penyakit di sana, selain negara Eropah.

#7 – Selamatkah Bekam?
InsyaAllah selamat. Ini kerana kaedah ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w bahkan kaedah yang dijalankan pada zaman sekarang turut diakui oleh Jabatan Kesihatan.

Namun begitu, perlu diingatkan sebelum hendak berbekam adalah lebih baik anda memilih tempat atau pusat rawatan bekam yang diakui oleh Jabatan Kesihatan, tidak melanggar syarak dan jurubekam yang benar-benar terlatih serta diakui kemahirannya.

Moga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua mengenai salah satu sunnah Rasullah s.a.w yang jarang diwar-warkan. Jika orang bukan Islam meyakini kaedah rawatan ini, mengapa kita sebagai umat Islam perlu takut dan meraguinya?

Bersamalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini, mudah-mudahan beroleh keberkatan kerana menyahut seruan Baginda s.a.w. Wallahua’lam.

========

Maklumat lanjut layari

www.bekamklinikalmcom.my

HOTLINE PUSAT BEKAM DUNGUN

0199236645
0179656637

 

27657833_2424115404280655_4558640793639900367_n-1

BUANG DARAH KOTOR-Prof Dr Aziz As Safi b Ismail

whatsapp-image-2018-04-16-at-10-34-37-am-1 whatsapp-image-2018-04-16-at-10-34-37-amKEBAIKAN BEKAM

Kebaikan Berbekam yg diberitakan dalam Harian Metro, Saranan seorang Profesor untuk diadakan rawatan berbekam di semua klinik kerajaan seluruh negara.
Katanya ubat-ubatan kebanyakannya tidak dapat menyembuhkan penyakit kronik, hanya dapat mengurangkan simpton-simpton penyakit sahaja.

“””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””’

BUANG DARAH KOTOR
Harian Metro

Mohd Firdaus Ibrahim
firdaus_ibrahim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur:
Memilih rawatan alternatif, ramai pakar perubatan moden kini mula mempraktikkan kaedah bekam klinikal di pusat perubatan masing-masing.

Untuk rekod, lebih 400 pakar perubatan moden sudah mengikuti kursus bekam klinikal di seluruh negara bagi memanfaatkan kebaikannya dalam merawat pelbagai penyakit kronik.

Pengasas Bekam Klinikal, Profesor Dr Ab Aziz Al-Safi Ismail yang sebelum ini bertugas sebagai Pensyarah dan Pakar Diabetes Jabatan Perubatan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian berkata, hasil kajian dilakukannya bersama beberapa rakan membuka lembaran baru buat pengamal perubatan moden.

Menurutnya, penemuan saintifik yang dilakukan hasil kajian selama setahun pada 2012 membuka mata pengamal perubatan moden untuk turut mempraktikkan kaedah bekam dalam merawat pelbagai penyakit.

“Pada mulanya pakar perubatan moden sukar menerima kebaikan dan manfaat bekam kepada pesakit yang menghidapi penyakit kronik namun selepas ditunjukkan bukti (kajian), penerimaan mereka bertambah baik.

“Dalam rekod kita, lebih 400 doktor sudah mengikuti kursus anjuran kami selain turut mempraktikkannya di klinik masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia yang berpengalaman 25 tahun dalam perubatan moden berkata, ubat-ubatan yang digunakan bagi merawat penyakit kronik tidak efektif menyembuhkan pesakit.

“Ubat-ubatan itu sebaliknya hanya berperanan menghilangkan simptom penyakit namun tidak mampu memulihkannya. Jadi, pesakit akan bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat yang akhirnya memberi kesan sampingan kepada mereka.

“Dengan menjalani bekam, pesakit darah tinggi, diabetes atau jantung dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan hinggalah mereka pulih sepenuhnya selepas sesi rawatan dijalankan,” katanya.

Menurutnya, bekam klinikal adalah satu kaedah rawatan tradisional yang digabungkan dengan perubatan moden.

“Ia lebih bersih, selamat dan mengikut prosedur operasi standard seperti dipraktikkan dalam bilik bedah sesebuah hospital,” katanya.

Menurutnya, dia berharap dengan bukti kajian dilakukan, pihaknya mampu membuka mata pihak berkaitan untuk mewujudkan pusat bekam di semua klinik dan hospital di seluruh negara.

“Saya percaya dengan adanya jurubekam terlatih yang ditempatkan di hospital dan klinik, kerajaan mampu menjimatkan kos ubat-ubatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 15 April 2018 @ 9:30 AM

BEKAM DAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

BEKAM DAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Oleh | Ust Sabri b Yamin

PENGENALAN

Bekam merupakan suatu kaedah perawatan yang semakin diminati oleh masyarakat hari ini. Manusia diterjah dengan pelbagai jenis penyakit yang menghantui jiwa dan perasaan . Penyakit ini bertali arus melanda sehinggakan hospital dan pusat kesihatan dipenuhi dengan pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan bagaikan tanpa kesudahan dengan kesembuhan.

Keinginan untuk sihat merupakan suatu fitrah dan naluri semua manusia. Ingin sihat dan segar ini membuatkan manusia bertungkus lumus mendapatkan apa-apa jenis produk dan servis kesihatan.

Sebagai umat Islam, Allah anugerahkan kepada kita dengan satu kaedah perubatan yang begitu maha hebat dan istimewa.Hadiah adalah hadiah daripada Allah kepada Nabi SAW pada malam Israk dan Mikraj.

Anas b Malik pernah berkata:

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.” Sabda Nabi SAW lagi,

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

“Kesembuhan itu berada pada tiga minum madu, torehan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay.”

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ

“Sesungguhnya kaedah peubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)
APA ITU KAEDAH BEKAM?

Bekam adalah kaedah perubatan alternatif masa kini yang semakin menjadi pilihan ramai. Bekam bermaksud mengeluarkan darah yang bersifat kotor , beracun dan bertoksid tinggi melalui permukaan kulit (epidermis & dermis) dengan melakukan torehan jarum lancet . Kemudian menyedutnya dengan menggunakan alatan bekam moden berpandukan disiplin perubatan yang ketat .

Bekam adalah nature (semulajadi) kerana ia tidak menggunakan bahan kimia bahkan amat selamat serta sesuai untuk semua peringkat umur .

Bekam berfungsi menceggah penyakit dan merawat penyakit. Kedua fungsi ini amat membantu meringankan bebanan pesakit dengan cepat dan segera.

Terbukti secara klinikal dan makmal melalui kajian pakar-pakar perubatan di Malaysia seperti di HUSM Kubang Kerian dan pakar perubatan bertaraf dunia mengesahkan keberkesanan bekam. Sebenarnya bekam boleh merawat penyakit kritikal seperti stroke , kencing manis , menurunkan paraa kolesterol , darah tinggi , meningkat imuniti , menguuatkan keanjalan saluran darah dan banyak lagi penyakit semasa.

Sesiapa yang berbekam, inshaAllah akan menemui kesembuhan Ilahi .
PERUBATAN WAHYU.

Tiadalah sepatah kata dan bicara yang terbit dari mulut Baginda Nabi SAW semuanya adalah dipandu daripada Allah. Jauh sekali hawa nafsu dan keinginan duniawi semata-mata .

Tiap perbuatan baginda sepanjang baginda diutus sehingga baginda wafat adalah metode dan tatacara hidup yang wajib diikut oleh ummat.

Dengan kesedaran umat Ialam hari yang semakin menunjukkan kearah positif, amat wajar juga kita sejenak dilapangan perubatan Nabi SAW. Tiada yang sia-sia daripada pedoman baginda terhadap perubatan berbekam ini.

BEKAM DAN BULAN REJAB

Marilah kita mengambil bulan Rejab ini sebagai bulan yang berkat , kerana dibulan inilah baginda SAW di Israk dan Mikrajkan oleh Allah , seterusnya menerima jemputan Allah untuk bertemuNya di Sidratul Muntaha. Kemudian baginda di anugerahkan kewajipan solat sebanyak 5 waktu.
Didalam perjalan mikraj bagibda SAW tidak bertemu dengan para malaikat di langit melainkan para malaikat Allah itu mewasiatkan kepada baginda supaya menyuruh ummatnya melakukan berbekam.
2 hadiah besar daripada israk dan mikraj ini iaitu SOLAT dan BEKAM adalah anugerah Ilahi buat baginda dan umatnya. Atas dasar kasih sayang Allah buat makhluknya , Allah tidak akan membiarkan umat Nabi SAW di timpa penyakit melainkan telah ditunjukkan kaedah perubatan. Bekam adalah hidayah daripada Nabi SAW , walaupun telah sejak sekian lama di amalkan dalam masyarakat Arab, namun penegasan dan pengesoran dari malaikat Allah adalah suatu anugerah Allah kepada kita.

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., dia berkata, “Rasulullah Saw pernah menyampaikan sebuah hadis tentang malam di mana beliau diperjalankan bahwa beliau tidak melewati sejumlah malaikat melainkan mereka semua menyuruh beliau SAW dengan mengatakan, ‘Perintahkanlah umatmu untuk berbekam’.” (Sahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/20), hasan gharib).
Sabda baginda lagi ” Pada malam aku diisrakan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad SAW, suruhlah umatmu melakukan bekam.” (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami’us Shaghir 2/731)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a., Rasulullah Saw bersabda, “Tidaklah aku berjalan melewati segolongan malaikat pada malam aku diisrakan, melainkan mereka semua mengatakan kepadaku: ‘Wahai Muhammad, engkau harus berbekam’.” (Sahih Sunan Ibnu Majah, Syaikh al-Albani (II/259))

Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah Saw bersabda, “Tidaklah aku melewati satu dari langit-langit yang ada melainkan para malaikat mengatakan, ‘Hai Muhammad, perintahkan umatmu untuk berbekam, karena sebaik-baik sarana yang kalian pergunakan untuk berobat adalah bekam, al-kist, dan syuniz semacam tumbuh-tumbuhan’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami, III/388)

Maka, yakinlah kepada kita berkaitnya antara SOLAT dan BEKAM kerana kedua-duanya di anugerahkan Allah dan seruan dari para malaikat Allah didalam perjalan israk dan mikraj baginda SAW.

KESIMPULAN

Dari Anas R.A., dia bercerita: “Rasulullah S.A.W bersabda: ” Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya” (Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al Mustadrak lil Hakim).

Dari Ibnu ‘Abbas r.a., dia bercerita: “Nabi Allah s.a.w. bersabda: ” Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan.” (Sunan Abni Majah)

Marilah sama-sama kita memperkasakan perubatan Rasulullah S.A.W dengan mengamalkan dan menyebarkan kebaikkannya kepada keluarga , sahabat , jiran tetangga dan masyarakat kita. Kita menyeru golongan agamawan supaya celik dan peka dengan rawatan bekam ini kerana mereka adalah rujukan masyarakat setempat.
Tunjukkan kesayangan kita kepada baginda SAW dengan mengamalkan sunnah baginda SAW.

Ikhlas dari :

Ustaz Sabri bin Yamin.

CEO Pusat Bekam Dungun

019 9236645 | 0179656637

11 Rejab 1437 / 19 April 2016.

Layari www.bekamklinikal.com.my

fb_img_1510222673243

Pesan guru bekam ku , Syeikh Soleh Hafny

==================
Pesan guru bekam ku
==================

Bekam @ hijamah adalah perubatan Rasulullah, diamalkan secara sahih dari baginda SAW . Ketika peristiwa bagibfa Nabi di Isra dan Mikraj ke langit, perjalanan mukjizat teragung ini, di pertemukan dengan Rabbul Jalil Allah SWT dan di amanahkan membawa syariat Solat 5 Waktu.

Makanya, sejarah agung solat 5 waktu di kaitkan dengan Isra dan Mikraj. Hebatnya solat, sehingga Allah menjemput sendiri baginda berjumpaNya di Sidratul Muntaha bagi menerima kefarduan agung ini.

Ketika perjalan hebat ini juga, baginda di sapa oleh sekumpulan malaikat Allah di langit dan menyarankan dan berwasiat kepada baginda supaya ajarkan dan serukanlah umat kamu dengan bekam.

Satu hadis di rekodkan oleh Imam Tirmizi dalam bab Kedoktoran :

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ بُدَيْلِ بْنِ قُرَيْشٍ الْيَامِّيُّ الْكُوفِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِسْحَقَ عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ هُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
حَدَّثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ لَيْلَةِ أُسْرِيَ بِهِ أَنَّهُ لَمْ يَمُرَّ عَلَى مَلَإٍ مِنْ الْمَلَائِكَةِ إِلَّا أَمَرُوهُ أَنْ مُرْ أُمَّتَكَ بِالْحِجَامَةِ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ مَسْعُودٍ

Maksudnya :

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Budail bin Quraisy Al Yami Al Kufi, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Fudlail, telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ishaq dari Al Qasim bin Abdurrahman ia adalah Ibnu Abdullah bin Mas’ud, dari bapaknya dari Ibnu Mas’ud ia berkata; Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkisah tentang malam beliau Isra’ Mi’raj, dan sesungguhnya tidaklah beliau melalui sekelompok malaikat kecuali mereka semua menyuruh beliau untuk memerintahkan ummatnya berbekam.

Berkata Abu Isa: Ini merupakan hadits hasan gharib dari haditsnya Ibnu Mas’ud.

2 perkara hebat belaku dalam peristiwa Isra Mikraj ialah SOLAT ( terapi rawatan jiwa) dan BEKAM (terapi rawatan jasmani dan badan) adalah anugerah Allah kepada manusia.

Pesan guru bekamku As Syeikh Soleh Hafny, merupakan abang kepada Syeikh Ahmad Hafny( pengasas kaedah bekam Hafnyy) katanya ( mafhumnya)

” rawatan bekam inilah adalah sebahagian dari asbab-asbab kepada hidayah Allah kepada manusia, ketika kamu melakukan rawatan atau menerima rawatan, hendaklah di cari akan hidayah Allah di situ, supaya kamu tahu betapa sayangnya Allah memberikan sakit, dan menjadikan sebab bekam kamu sembuh, makanya bekam itulah punca kamu diberikan hidayah ketika mana kamu sakit, banyak lupa kepada sang pencipta sakit, jadi Allah akan mencampakkan hidayah ketika kamu berbekam supaya kamu dekat dengan Allah ”

Akhirnya, dia berpesan, berbekam bukan sekadar mencari kesembuhan, carilah Tuhan kamu yang memberikan kamu penyakit dan menurunkan juga kamu penawar dan kesembuhan. Semoga Allah menyembuhkan sakit kamu.

Semoga Allah muliakan para guru kami

 

catatan

Ust Sabri Yamin

peristiwa-israk-mikraj-isra-mikraj

 

 

 

Gerun kah berbekam?

================
Gerun kah berbekam?
================

Penggunaan alatan bekam moden dan steril sekarang oleh para jurubekam sebenarnya adalah sebahagian proses manaik taraf perubatan tradisi kepada perubatan kotemporari. Bekam hari ini sudah dianggap rawatan yang sudah berubah cara dan kaedah yang di guna pakai.

Penggunaan pen lancet dan jarum lancet pakai buang adalah antara prosedure wajib dalam rawatan bekam hari ini. Majoriti perawat bekam menggunakan kaedah bekam moden pen lancet.

Kenapa menggunakan lancet? Lancet adalah pen yang berfungsi “auto lunching” @ automatik ketika di petik kepala pen. Jarum yang ada di dalam akan menusuk pada kulit manusia mengikut kadar size yang telah di tetapkan di hujung pen. Keadaan sebegini sebenarnya meminimal rawatan bekam kepada terdedah risiko kecederaan kulit yang teruk dan pendarahan yang berterusan.

Sedikit luka tusukan dari pen ini nemadai untuk pengeluaran darah bekam dari tubuh dan ianya berlaku rawatan dan penyembuhan, InsyaAllah.

Pastinya, rawatan bekam ianya selamat dan tidak menyakitkan. Apatahlagi di katakan gerun untuk berbekam.

Catatan
Ust Sabri Yamin

<iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.facebook.com/puskadu/videos/2058128054402849/” frameborder=”0″ allow=”autoplay; encrypted-media” allowfullscreen></iframe>

https://www.facebook.com/puskadu/videos/2058128054402849/

Kesan sampingan bekam ( langkah berjaga-jaga)

====================
Kesan sampingan bekam
====================

Pembaca yang budiman, hari ini saya akan bicarakan tentang kesan sampingan selepas rawatan bekam. Kesan sampingan merisaukan sesetengah orang yang baru berjinak dengan bekam. Jangan risau, saya akan jelas berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya berhadapan pesakit hampir 10 tahun.

Soalan famous dari pelanggan, Ustaz , apakah keadaan yang akan dialami oleh pelanggan selepas rawatan bekam selesai? Saya tak pernah bekam lagi ni, nak tahu jugak bahaya ke tak bekam ni?

Berikut adalah beberapa keadaan yang barangkali boleh terjadi kepada anda sejurus bekam, cuma mustahil kesemua keadaan itu berlaku pada diri anda sekaligus, boleh jadi beberapa keadaan atau tidak adan langsung melainkan tubuh segar, cergas, kepala hilang pening dan rasa selesa.

√ Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah bekam tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu.

√ Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kepada keadaan seseorang itu.

√ Kesan seumpama ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.

√ Sedikit rasa pening terutama berbekam dibahagian kepala , sedikit rasa loya dan badan kurang seimbang ( sejurus selesai bekam, namun akan hilang segera).

√ Banyak keluar angin atau sendawa terutamanya bagi masalah angin dalam badan.

√ Rasa nak muntah dan loya mulut jika pengidap masalah angin kuat dalam badan. Rasa loya juga boleh terjadi bagi yabg baru sudah makan dan terus berbekam. Sebaliknya puasa dalam 2-3 jam sebelum bekam.

√ Rasa lapar dan haus , anda boleh minum air kosong.

√ Sedikit rasa mengantuk, seeloknya tidur selepas 2 jam rawatan.

√ Pitam dan pengsan juga boleh berlaku, namun sangat jarang jika di lalukan bekam secara meniarap diatas katil. Biasanya pitam pun hanya beberapa saat sahaja. Jika terjadi, hentikan terus rawatan dan di berikan air madu untuk tambah tenaganya.

√ Rasa segar badan cergas sejurus bekam, namun tidak di galakkan melakukan kerja beras dan kasar. Mengelakkan dari badan terkejut dan bolej jadi terkena demam urat.

√ Kebiasaannya bagi kebanyakan pelanggan bekam, tidak rasa apa-apa tetapi kemudian terasa lebih cergas dari selalu.

Jika ada gejala yang pelik dan membimbangkan, sila rujuk dengan perawat anda. Mereka akan bersedia untuk membimbing anda supaya keadaan tidak bertambah teruk, InsyaAllah.

Catatan
Ust Sabri Yamin
7 Mac 2018

img_20180129_233308

Bekam untuk merawat kencing manis

==========================
Bekam untuk merawat kencing manis
==========================

Feedback positif dari pesakit kencing manis, alhamdulillah beliau bersetuju untuk menerima rawatan specialist bekam secara berkala.

Data pesakit.

Pesakit : Lelaki / umur separuh abad
Penyakit : Kencing manis
Bacaan gula : 12-15 ( ketika puasa) dan tak pernah turun-turun.
Kekerapan bekam : 2 minggu sekali
Jumlah rawatan : 6 kali rawatan bekam selama 3 bulan berterusan.
Point yang digunakan : Point Kaedah Hafny

Ini adalah usaha serius saya mengeluarkan pesakit kencing manis dari bacaan gula yang tinggi. Tiada salahnya mencuba dengan rawatan Sunnah Bekam.

29215957_2069985266550461_9222139177741631474_n

Kekerapan bekam secara rutin : Suatu cadangan kepada perawat

=====================
Kekerapan bekam secara rutin
====================

Mengikut pendapat Syeikh Ahmad Hafny, pengasas bekam kaedah Hafny, sesorang yang ingin mendapatkan rawatan bekam seharusnya mengulangi secara rutin, berdisiplin dan istiqamah bagi melancarkan proses kesembuhan.

Di nyatakan bekam itu ada dua kategori :

√ Kritikal penyakit

√ Normal dan peringkat awal penyakit

Bagi keadaan kritikal penyakit, di cadangkan menjalani rawatan bekam

1- Lengkap sesi rawatan sehingga 6 sesi rawatan selama 3 bulan berturut -turut ( 2 minggu sekali)

2- Lengkap sesi rawatan sehingga 6 kali selama 6 bulan berturutan. ( sebulan sekali) ( ini keadaan kurang kritikal)

Bagi normal tubuh badan atau masih di peringkat awal penyakit. Ia mengikut tahap umur seseorang.

√ Warga emas 65 tahun ke atas bekam rutin secara setahun sekali.

√ 50 – 64 tahun, bekam setahun 2 kali secara rutin.

√ 30- 49 tahun bekam 3 kali setahun ( selang 4 bulan sekali)

√ 13 – 29 tahun bekam 4 kali setahun. ( 3 bulan sekali

√ 2- 12 tahun ,bekam 6 kali setahun ( walaupun 3-5 point sahaja. Sudah memadai. Kadang kadang bekam angin sahaja sudah boleh melegakan kesakitan.

Ijtihad @ pendapat terhadap tempoh masa untuk rutin bekam juga melihat pada tahap penyakit yanh di hidapi oleh seseorang. Para jurubekam hanya menyarankan tempoh rutin bekam ini semata-mata mengharapkan penyakit hilang dan ianya bukanlah suatu paksaan kepada pesakit.

Rutin bagi lelaki dan perempuan adalah sama, dibezakan hanya perempuan tidak di bekam ketika datang haid.

Jika anda ingin mengalami keselesaan hidup tanpa penyakit, tiada salahnya merutinkan hidup ini juga dengan rawatan bekam.

Catatan
Ust Sabri Yamin
13 Mac 2018

whatsapp-image-2017-12-10-at-2-03-06-pm-1 whatsapp-image-2017-12-10-at-2-03-06-pm-2

whatsapp-image-2017-12-10-at-2-03-06-pm-9

whatsapp-image-2017-12-10-at-2-03-06-pm