panelarrow

HUKUM BEKAM KETIKA PUASA BULAN RAMADHAN

| 0 comments

SOALAN 

Apakah hukum berbekam pada masa puasa?

 

JAWAPAN

OLEH SAHIBUL AL FADILAH MUFTI WILAYAH DR ZULKIFLI AL BAKRI

Berbekam pada siang hari pada bulan Ramadan menjadi khilaf. Yang masyhur dalam kalangan ramai sahabat dan tabiin bahawa ia tidak batal puasa berdasarkan kepada nas. Dikatakan Sa’d bin Abi Waqas R.A melakukan bekam. Begitu juga al-Zubair bin al-Awwam R.A, Ummu Alqamah dan lain-lain. Kecualai Imam Malik dan Abu Hanifah menganggap berbekam hukumnya batal puasa. Manakala Ata’ berpendapat, wajib kifarah.

Pendapat yang masyhur adalah jumhur yang tidak makruh berbekam jika tidak membawa kelemahan kepada orang yang berpuasa. Lihat Su’alat al-So’imin, (hal. 65-66).

 

whatsapp-image-2018-05-24-at-11-03-11-am-1

Leave a Reply

Required fields are marked *.