panelarrow

Specialist Cupping Therapy

Kenapa anda perlu memilih Pusat Bekam Dungun ?

  1. Kepakaran

Perawat berpengalaman merawat sudah lebih 9 tahun . Kami telah merawat lebih dari 10 K pesakit yang datang dari pelbagai latar belakang sakit dan masalah kesihatan. Banyak kejayaan telah di catat samada yang di beritahu kepada kami atau tidak dalam menyelesaikan masalah kesihatan . Kejayaan ini adalah sebahagian dari komitmen dari pesakit yang menjalani perawatan secara disiplin dan berterusan dan kesungguhan pihak kami merawat mengikut SOP  dan bersungguh-sungguh. Kami juga berjaya melahirkan ramai jurubekam yang telah berkhidmat kepada masyarakat melalui Kursus Bekam yang kami anjurkan.

 

DSC_0547

  1. Kualiti perawatan

Matlamat kami ialah melihat pesakit mampu melakarkan senyuman selepas rawatan. Kami mengutamakan masa dan kualiti perawatan setiap pesakit yang di rawat. Masa setiap rawatan antara 30 minit sehingga 1 jam setengah. Kualiti ini adalah sebahagian dari Standard  Operation Prosedure ( SOP ) yang sentiasa di tambah baik dari masa ke semasa. SOP ini di titik berat bagi memaksimumkan kesembuhan kepada pesakit kami.

rawatan

  1. Kebersihan

Alatan , cup bekam , katil , cadar sentiasa di tukar , peralatan di sterilize , menggunkan cecair Aniosyme DD 1 untuk kebersihan peralatan , menggunakan single use sarung tangan , single use jarum , single use kapas dan minyak. Kami nyahkuman dan bacteria dengan mesin Sterilizer yang bermutu tingggi. Cawan bekam plastic di tukar ganti selepas 6 bulan di gunakan.  Bagi menjaga kepuasan pelanggan , kami menitikberatkan kebersihan tempat rawatan selaras dengan kehendak SOP klinikal.

20150616_121821

  1. Keberkesanan dan selamat.

Perawatan bekam telah di iktiraf  sebagai perawatan kesukaan Nabi SAW. Sebagai Muslim kita menerima perngiktirafan baginda terhadap perawatan bekam tanpa sebarang syak dan ragu, setiap Sunnah Baginda S.A.W mesti ada kejayaan dan keberkesanan.]

Aspek keselamatan sebelum dan selepas rawatan juga di ambil berat oleh kami bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan yang mudharat selepas menjalani rawatan. Pesakit di nasihati berehat antara 1 atau 2 hari selepas rawatan dari sebarang aktiviti lasak dan berat.

IMG_20160816_105805

  1. Kepercayaan

Kami telah mendapat kepercayaan samada di mata masyarakat mahupun organanisasi berautoriti seperti persatuan bekam PERHIJAM .  Pusat kami juga memobilasi pendaftaran keahlian PERHIJAM WILAYAH TIMUR, kepercayaan diberikan oleh persatuan. Masyarakat setempat juga telah lama mengenali personal perawat khususnya Ust Sabri yang lebih dikenali Ustaz Sabri Bekam.

_MG_6836

DSC_0023

 

Anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mendapatkan rawatan daripada kami. Kami sedia memberikan rawatan yang terbaik untuk anda.

 

Kesihatan adalah anugerah ALLAH , jagalah kesihatan anda sebaik mungkin.

 

Admin

Pusat Bekam Dungun

14 Zulhijjah 1437

16 September 2016

( HARI MALAYSIA)

Leave a Reply

Required fields are marked *.